Syarahan Felo Adjung, Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara Universiti Utara Malaysia

MEDAN-‘Covid- 19 memberikan kesan yang amat besar kepada industri pelancongan negara, dimana 341 buah kemudahan penginapan tidak dapat menyambung operasi perniagaan, sehingga kini dan ramai pemain industri yang sebelum ini bekerja dalam sektor pelancongan telah memilih sektor lain sebagai punca pendapatan.

“Inilah kenyataan yang kita perlu hadapi. Malaysia kini sedang bergerak pantas dalam fasa pemulihan,” kata Encik Hishamuddin Mustafa, Timbalan Pengarah Perancangan Strategik, Tourism Malaysia yang dijemput memberikan syarahan Felo Adjung, Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Universiti Utara Malaysia

Disebutkan Encik Hishamuddin,
tahun Melawat Malaysia 2025 merupakan satu agenda negara dalam menarik semula kedatangan pelancong ke negara ini dan menjanakan pelbagai peluang kepada rakyat.

Beberapa tindakan susulan perlu dilakukan dalam menggalakkan lagi pemulihan adalah mengadakan sesi B2B bersama pihak industri, pengemas kinian produk pelancongan dan menyediakan kalendar acara bagi tujuan tersebut.

Beberapa negeri juga agresif dalam menarik kedatangan pelancong dengan menganjurkan Tahun Melawat Melaka 2024 dan Tahun Melawat Perak 2024’.

Syarahan ini telah dihadiri seramai 100 pelajar dan 40 kakitangan Universiti Utara Malaysia yang berlangsung pada 23 Mei 2023.

Encik Hishamuddin juga berkongsi pandangan kepada semua hadirin berkaitan peluang yang boleh diceburi dalam sektor pelancongan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Kamal Izzuwan Ramli selaku Dekan STHEM, Dr. Johan Afendi Ibrahim selaku Pengarah Program Syarahan Felo Adjung, kakitangan pusat pengajian selaku urusetia, pensyarah dan pelajar yang hadir di program ini.

STHEM juga menawarkan ijazah sarjana muda bagi program pengurusan pelancongan, hospitaliti & acara yg relevan dgn industri. ( swisma)