MEDAN-Tourism Malaysia menganjurkan misi galakan pelancongan ke empat bandar utama di Indonesia, yakni Medan, Yogyakarta, Jakarta, dan Surabaya mulai 11 hingga 18 April 2025.
Di Medan, acara tersebut digelar
di Hotel JW Marriot, Jumat (11/4/2025) diikuti 36 pemain industri terdiri dari syarikat pengendali pelancongan, pengusaha produk pelancongan MM2H.
Selain itu juga syarikat penerbangan dan pengusaha hotel dari Malaysia yang akan dipertemukan dengan penggiat industri pelancongan dari Indonesia bagi memperkukuh kerja sama antara kedua negara dalam industri ini.
Inisiatif strategi ini dilaksanakan seiring dengan pelancaran kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta sokongan ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal.
Konjen Malaysia di Medan Shahril Nizam bin Abdul Malek mengatakan, roadshow ini merupakan kick off Tourism Malaysia yang kemudian akan berlanjut ke tiga kota lainnya di Indonesia yakni Yogyakarta, Jakarta dan Surabaya.
Menurutnya, untuk kemajuan pariwisata kedua-duanya harus berjalan baik turis dari Malaysia ke Sumatera Utara maupun turis dari daerah ini ke Malaysia.
“Hubungan dua negara yang istimewa ini harus berjalan dan saling menghormati satu sama lain,” katanya.
Disebutkan Shahril, pada tahun lalu, sebanyak 28 juta pelancong luar negeri ke Malaysia.
Dari jumlah kedatangan itu, katanya Indonesia termasuk pelancong terbesar kedua ke Malaysia. Begitu juga sebaliknya pelancong Malaysia terbesar masuk Indonesia.
“Saya berharap dengan kegiatan roadshow ini dapat meningkat pelancongan Malaysia dan Indonesia,” imbuhnya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia berkata, YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin mengatakan, pasaran Indonesia kekal sebagai salah satu negara di Asia Tenggara yang tersenarai dalam lima pasaran utama penyumbang tertinggi ketibaan pelawat ke Malaysia.
” Misi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bersempena kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia,” ujar YBhg Dato’ Yeoh Soon Hin.
Disebutkannya, misi ini turut melibatkan penganjuran seminar dan sesi business-to-business (B2B) bersama persatuan pelancongan utama Indonesia seperti Asosiasi Travel Agen Indonesia (Astindo), Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (Asita), serta Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI) dengan memperkenalkan ke berbagai jenis (kepelbagaian) tawaran pelancongan ke Malaysia.
Selain menjadi pemangkin dalam menarik lebih banyak pelancong dari Indonesia ke Malaysia, program ini juga mengukuhkan manfaat ekonomi jangka panjang bagi sektor pelancongan kedua negara.
” Tourism Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri pelancongan utama Indonesia, termasuk syarikat penerbangan dan Online Travel Agencies (OTA) seperti Tiket.com dan Traveloka,” ungkap
YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin.
Selain itu, Batik Air juga menawarkan diskon khas kepada pelancong Indonesia yang datang ke ibu negara untuk tujuan perobatan.
Dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia, Kumpulan Marriot Bonvoy turut serta bersama Tourism Malaysia mengadakan promosi kebudayaan dan kuliner dengan membawa 8 chef mereka dari Malaysia ke empat hotel rangkaian tempatan.
Keempat hotel itu yakni JW Marriott Medan, Yogyakarta Marriot, The Ritz-Carlton Jakarta Mega Kuningan dan Sheraton Surabaya bersempena misi ini bagi memperkenalkan makanan Malaysia yang enak dan unik.
Jumlah kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia pada 2024 sebanyak 4.145.127 orang.
Jumlah ini mengalami peningkatan sebanyak 19.1% dibanding pada 2023 dan 6.8% pada 2019. Sehingga Maret 2025, terdapat 580 penerbangan mingguan dari Indonesia ke Malaysia dengan 106,134 tempat duduk tersedia setiap minggu. ( ima)